Tiny Techies (Sumo Robot)

9 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 08 November 2025, telah diadakan Tiny Techies (Sumo Robot) bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem Tiny Techies secara atas talian.

Sumo Robot ini merupakan salah satu tarikan kepada pelajar dalam Memupuk Minat Terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah tentang asas robotik dan teknologi melalui aktiviti yang menyeronokkan serta interaktif. Selain itu, membangunkan kemahiran pemikiran logik dan penyelesaian masalah dalam mereka bentuk, membina, dan memprogram robot agar berfungsi mengikut tugasan yang ditetapkan. Di samping itu, meningkatkan kemahiran komunikasi dan semangat kerjasama dalam kumpulan untuk berkongsi idea dan tanggungjawab bagi menyiapkan projek robot sumo.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali